Friday, February 26, 2010

.: Selamat Menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW :.



Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157..

Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga, sahabat dan pengikut baginda, kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menyambut dan merayakan hari yang penuh bersejarah dan mulia ini, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah iaitu hari ulang tahun Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W..

Sesungguhnya saya amat berharap agar sambutan Maulidur Rasul tahun ini memberikan iktibar kepada kita untuk menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W untuk mencapai kemajuan dan kebahagiaan hidup yang lebih bermakna dan diredhai. Marilah kita bersama-sama memperingati diri kita akan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan kita jadikan perjuangan tersebut sebagai teladan dan panduan dalam menjalani hidup kita..

Selamat Menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW (1431 hijrah..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers